Isu Niqab Di Mesir..






Subhanallah..wAlhamdulillah..waLaailahaillah,
wAllahu Akhbar! Banyak dugaan sungguh setelah ana berhijrah..
Bersama teman-teman senior..
Petang tu, lepas kelas..
Ya Allah..
ana dikejutkan dengan 1 mesej dari sahabat ana,

"Di mesir telah diharamkan pemakaian purdah kerana ia
dikatakan tiada kaitan dengan Islam tetapi hanya satu budaya
shj. Renung2kan.."


Apa maksud sahabat ana seorang ni?
Hm..ana faham, memang nadanya seperti tidak menyokong..tapi,
Kisah yang dikatakan sahabat ana pada mesej balasan tersiar
oleh salah sebuah akhbar tempatan tu, belum sempat ana baca..

Sedikit tergugat jua hati ini..
Al-maklum la..
Pasal pemakaian ni dah pun masuk meeting disiplin kat tempat
study ana..
Dengan keadaan sekeliling yang pelik dalam menerima situasi
kami yang memilih 'cara' pakaian ni di sana..
(ni ana tak kisah..itu hak masing2)

Cuma, kisah yang satu ni..
ana ingatkan yang Syeikh Tawawi maksudkan tu,
mengharamkan semua..
rupanya salah dari cerita yang ana dengar..
Sebelum kebenarannya terbongkar dari blog yang ana baca,
ana balas mesej sahabat ana tu,

"Ya Allah..yeke? Mana awak taw? Hm..takpelah..ara akan cuba
minta petunjuk Allah. Lagipun takkan sebab budaya? Dalam Al-Quran pun
ada katakan tentang ni,kan ia juga pakaian isteri Rasulullah..?
terserah la pada yang nak membangkang..apa-apa pun ara akan
try rujuk balik Kalamullah."

*Lebih kurang begini yang ana balas..

Tapi, malam tadi..
(selepas kisah tu berlalu beberapa minggu yang lalu..)
Ana sempat berbual dengan seorang sahabat yang telah pun
tamat belajar di Al-Azhar tentang peristiwa ni..
Inilah kronologi yang sebenar, jadi media Malizi yang sebarkan
tu mesti tak sure keshahihannya..

*********


1. Isu bermula apabila al-Imam al-Akbar al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi melawat satu sekolah maahad al-Azhar khas untuk pelajar perempuan (Maahad Fatayat Ahmad Allibi) pada Sabtu bersamaan 4/10/2009. Beliau telah melawat satu kelas lalu melihat ada seorang pelajar perempuan bernama Alak ( آلاء ) memakai purdah. Alak berumur 13 tahun.

2. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi telah meminta pelajar perempuan itu membuka purdah kerana kelas tersebut hanya untuk para pelajar perempuan sahaja. Beliau merasa hairan mengapa pelajar tersebut memakai purdah sedangkan kelas tersebut khusus untuk pelajar perempuan, guru yang mengajar adalah guru perempuan dan bilik kelas adalah tertutup. Alak pada awalnya tidak membuka niqab apabila Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi memintanya membuka niqab.

3. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi selepas itu telah menegaskan bahawa beliau tidak akan membenarkan pelajar perempuan memakai purdah di dalam kelas-kelas mereka. Beliau juga menafikan kenyataan media yang menyatakan bahawa beliau bercakap dengan Alak dengan nada suara yang kasar.

4. Majlis Tertinggi Al-Azhar ( المجلس الأعلى للأزهر الشريف ) telah mengadakan mesyuarat tergempar yang dipengerusikan oleh Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi pada Khamis lalu bersamaan 8/10/2009 untuk membincangkan isu niqab ini. Majlis telah memutuskan bahawa:

• Para pelajar perempuan dibenarkan untuk memasuki premis al-Azhar al-Syarif secara berniqab. Wanita yang berniqab tidak boleh dihalang daripada memasuki perkarangan al-Azhar al-Syarif

• Para pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab apabila ada orang lelaki bersama mereka di dalam premis al-Azhar

• Para pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab di dalam bilik-bilik kelas kerana semua pelajar adalah perempuan. Larangan ini berkuatkuasa apabila guru yang mengajar juga adalah perempuan

• Para pelajar perempuan tidak dibenarkan untuk memakai niqab sewaktu peperiksaan berlangsung. Maka para pengawal semasa peperiksaan berlangsung hendaklah di kalangan wanita.

• Majlis Tertinggi al-Azhar bukanlah menghalang wanita daripada memakai niqab dalam kehidupan seharian mereka sebaliknya Majlis tidak bersetuju niqab dipakai pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya yang akan memberikan kesan yang negatif pada pemikiran kanak-kanak lebih-lebih lagi pandangan yang mengatakan bahawa wajah wanita wajib untuk ditutup adalah pandangan minoriti fuqaha Islam.

5. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi menegaskan bahawa beliau menghormati wanita yang memakai niqab selagi mana tidak menyakiti orang lain dan tidak membawa kepada masalah keamanan.

Beliau menegaskan bahawa tujuan ketetapan Majlis Tertinggi Al-Azhar tersebut dibuat adalah kerana untuk menjaga kehormatan para pelajar perempuan. Ini kerana berlaku pencerobohan beberapa orang lelaki ke dalam premis al-Azhar yang khusus untuk pelajar perempuan.

Selain itu ketetapan ini juga dibuat demi untuk mengelakkan berlakunya penipuan di dalam peperiksaan. Beliau menegaskan bahawa tahun lepas menyaksikan 12 kes penipuan semasa peperiksaan apabila para pelajar wanita yang berniqab yang terbabit telah meletakkan alat rakaman di sebalik niqab yang dipakai.

Sumber:

1. Surat Khabar al-Liwa’al-Islami bertarikh 15 Oktober 2009, bilangan ke 1447, m/s 1
2. Majalah al-Musowwar bertarikh 14 Oktober 2009, bilangan ke 4436, m/s 15 - 16.
3. http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&cid=1254573447321&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout
4. http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout&cid=1254573332008
5. http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout&cid=1254573461106&utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=rss


[Petikan dari blog Ustz hairul Nizam]

7 jejak IMAN ~:

Brilliant Marjan@اداويه berkata...

Salam..
Setiap sumber yg didapati perlulah dikaji terlebih dahulu..jgn berat sebelah dan main hentam keromo..
Papepn terima kasih atas p'kongsian ini..Sy dah baca byk tentang isu ni..(^_^)
Bg yg tak tahu tu, hati2 bila b'kata2..lebih baik diam je..

زهرة حلوة berkata...

wa'alaykumsalam..
=)
syukran eh ats komennye..
yeap!
mmg betul..
sblm prcy prlu dselidiki dlu..ni ta,malaysia pn sme je..
men kuar akhbr tp real ke ta,ta amik kesah..
sush la..
lgpn ia mmpu bri kesan pd pmikiran rkyat malizi tntg se1 hal ehwal mcm ni..btl ta?
=) skadar prkongsian yg biasa..ap2 pn..smg kta slg mngingatkan dlm kbenaran dn kesbrn..

wanita mustanir berkata...

Salam, ukhti..

terima kasih atas perkongsian ini.
anyway, itu hanya yang tersurat sahaja.
Segala isu yang berkaitan dengan islam khususnya seperti purdah, anti mesti mengkaji agenda di sebaliknya.. kita sebagai umat islam perlu sentiasa berfikir mengapa isu ini menjadi hangat..

sila baca link ini: http://www.mykhilafah.com/luar-negara/1684-tantawi-menyemarakkan-agenda-anti-islam-kerajaan-barat

untuk pemahaman kanjut agenda yang tersurat Tantawi..

Wallahua'lam..

wanita mustanir berkata...

Salam, ukhti..

terima kasih atas perkongsian ini.
anyway, itu hanya yang tersurat sahaja.
Segala isu yang berkaitan dengan islam khususnya seperti purdah, anti mesti mengkaji agenda di sebaliknya.. kita sebagai umat islam perlu sentiasa berfikir mengapa isu ini menjadi hangat..

sila baca link ini: http://www.mykhilafah.com/luar-negara/1684-tantawi-menyemarakkan-agenda-anti-islam-kerajaan-barat

untuk pemahaman kanjut agenda yang tersurat Tantawi..

Wallahua'lam..

Awrapurnama berkata...

Alhamd.. kat malaysia msh blm ad cobaan yg ketara bg yg brniqob w/pun cobaan mmg ad.. syukran ats prkongsian ni.. blh bca2 kat mykhilafah, kat blog ust hairul..
=)

Honeyz berkata...

salam~

thanx for sharing..
tula, sekali baca sms yg diterima tu, terkejut gak..
nampak cam perintah secara umum, pd setiap keadaan n walau di mana pn berada..
namun hakikat sbnr bukanlah gitu..
terima kasih sebab huraikan dgn detail supaya x berlaku salah paham..

sokong kata2 sis Marjan; "Setiap sumber yg didapati perlulah dikaji terlebih dahulu..", n alhamdulillah sis lakukan sprti apa yg sepatutnya ^_^

Aqilah berkata...

salam..
sahabatku..
tutup matamu..
dengarkan kata hati..
pejamkan matamu..
tetapkan hati..
aku tahu..kau mampu mengharunginya..
aku insan yg cemburu dgn keimanan yg ada padamu wahai sahabtku..dn aku brharp agr dpt mnjadi seperti dirimu suatu hari nnti..
kuatkan hati..dan ku doakan agar dirimu tabah mengharungi segala ujian yang mendatang..peace!!hehe..

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على نبينا محمد وعلى آله وأصحابه وسلم تسليما كثيرا